Pembentangan Perlembagaan ALUMNI IZ oleh Timbalan Presiden Penaja Alumni IZ


Tn Hj Md Zain bin Muda selaku Timbalan Presiden Penaja Alumni IZ telah membaca draf perlembagaan Alumni IZ dan meminta ahli merujuk kepada edaran Buku Perlembagaan Alumni IZ.

Beliau juga memaklumkan objektif penubuhan Alumni IZ seperti yang terkandung dalam buku perlembagaan ALUMNI IZ.

Sambil membaca dan menerangkan perkara-perkara di dalam perlembagaan seperti Yuran pendaftaran dan keahlian, kelayakkan menjadi ahli, bilangan Jawatankuasa yang akan dilantik, dan sedikit penerangan tentang logo AIumni IZ. (rujuk buku perlembagaan Alumni IZ) beliau meminta ahli mesyuarat membuat 'respon'.
Tabung Alumni juga ditubuhkan dan beliau mengalu-alukan sumbangan sukarela daripada ahli untuk tabung Alumni IZ.

Dengan besar harapan penubuhan Alumni IZ ini menjadi titik tolak kepada penubuhan Alumni IZ yang sah.

No comments:

Powered by Blogger.