Alumni SMK Tengku Intan Zaharah dilancar 13 Jun ini


Sempena sambutan jubli emas pada tahun 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah akan melancarkan persatuan alumninya pada 20 Jun ini.

Pelancaran akan disempurnakan dalam majlis Jamuan Hari Raya  sekolah. Pengerusi Alumni SMK Tengku Intan Zaharah YM Tengku Anwar b Tengku Dalam menjelaskan antara tujuan penubuhan persatuan adalah untuk mengumpulkan semua bekas pelajar sekolah berkenaan, di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli.

"Pesatuan ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan akan dilancarkan pada Majlis Makan Malam Jubli Emas SMK Tengku Intan Zaharah nanti.

"Kita berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak ahli menerusi borang yang akan diedarkan kepada kira-kira 300 jemputan.

"Turut diundang pada malam itu ialah beberapa orang kenamaan dan tokoh koperat.

Dalam pada itu, Pengetua En Mohd Kamari bin Ibrahim mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam 'Alumni IZ'.

Dalam pada itu,Setiausaja En Wan Mohd Annuar Wan Musa berkata "Sejak ditubuhkan pada tahun lalu, kita telah banyak bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan usaha meningkatkan nama SMKTIZ.

Tambah En Wan Mohd Annuar, Alumni bakal mengadakan beberapa sistem dan cara untuk meningkatkan keahlian dan jangkaan 500 lebih ahli boleh didaftar dalam masa 3 atau 4 bulan.


No comments:

Powered by Blogger.