Sejarah Penubuhan Alumni SMKTIZ
Persatuan Alumni SMKTIZ telah mula diasaskan secara
tidak rasmi pada bulan Januari 2018 oleh lima (5) individu iaitu En Mohd Kamari
bin Ibrahim (Pengetua) sekarang, YM Tengku Anuar bin Tg Dalam (Bekas guru dan
Alumni SPM 1965), Tn Hj.Md Zain bin Muda (Bekas Pengetua dan pelajar
SMKTIZ tahun 1967) , Tn Hj.Fauzi bin Hamzah (Bekas
Pengetua SMKTIZ) dan Tn Hj.Bakar bin
Jusoh ( Bekas Pengetua dan pelajar tahun).
Persatuan ini pernah ditubuhkan sekitar tahun 80 an dan di daftarkan di
bawah Jabatan Pertubuhan (ROS), tetapi tidak aktif .
Setelah beberapa siri perbincangan diadakan di SMKTIZ maka pada penghujung tahun 2018 satu jawatankuasa Penaja telah ditubuhkan untuk mengerakkan dan mengumpul ahli-ahli Alumni yang selama ini bergerak secara persendirian mengikut kumpulan” batch” masing-masing. .
Dalam tempoh kurang 6 bulan Jawatankuasa penaja mula dibentuk dan satu Mesyuarat Agung Penaja telah di jalankan pada 13 Jun 2019 bersempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Maka terbentuklah secara rasmi seramai 17 orang jawatankuasa penaja seperti berikut:
Keputusan Pemilihan AJK Penaja Alumni IZ
Presiden
YM.
Tengku Anuar bin Tengku Dalam
Tmbalan Presiden
Tn.Hj
Mohd Zain bin Muda
Setiausaha Agung
En.
Wan Mohd Annuar bin Wan Musa
Pen.Setiausaha
Tn
Hj Ahmad bin Ismail.
Bendahari
En.Elias
bin Jusoh
Ahli Jawatankuasa
Pn
Hjh Che Robiah bt Abdullah
Tn
Hj Samsudin bin Azam
En
Muhamad bin Jusoh
Tn
Hj.Fauzi bin Hamzah
Tn.
Hj. Bakar bin Jusoh
Dato
Dr.Hj. Ibrahim bin Che Embong
Pn
Hjh Ayouyah bt Mustaffa
En
Maznan bin Mohamad
Tn
Hj. Hamzam bin Hasan
Pn
Hjh Noraham binti Nawang
Pn
Hjh Rohana bt Awang
En.Zulkafli bin Mohd
Setelah terbentuknya jawatankuasa yang terdiri daripada
pelbagai latarbelakang usaha-usaha telah dijalankan untuk mendaftarkan
Persatuan Alumni IZ dengan jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Beberapa siri
mesyuarat telah dijalankan untuk membentuk perlembagaan persatuan alumni dan
pada tanggal 30 Jun 2019 Dengan rasminya PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TENGKU
INTAN ZAHARAH DUNGUN TERENGGANU telah dibentuk dengan no pendaftaran PPM-009-11-30062019.
Sekarang ahli
jawatankuasa sedang bertungkus lumus untuk mengadakan mesyuarat agung yang
pertama bersempena Sambutan Jubli Emas
SMK Tengku Intan Zaharah pada 16 Jun 2020.
No comments: